Demonstrasi Politik Jalanan Cara Malaysia


Entah kenapa hari ini aku terasa nak komen pasal politik. Mungkin sebab secara tak langsung aku terkena tempias, terperangkap di 'traffic jam' di sebabkan oleh sesetengah pihak yang kononnya mengaku memperjuangkan nasib bagi tahanan-tahanan ISA. But looks like to me its all bollocks! Bullshit!

Sebenar-benarnya pihak yang bertanggungjawab untuk menganjurkan demonstrasi jalanan ini semata-mata mahu memporak-perandakan rakyat. Melaga-lagakan rakyat dan memperkotak-katikkan penyokong-penyokong mereka. Mereka cuba nak meraih populariti atas nama NGO yang di peralat untuk kepentingan pihak mereka. Bukan nak memperjuangkan sangat Gerakan Mansuhkan ISA ataupun pro ISA tuh...auta jer semua itu.

Kalau benar nak memperjuangkan tahanan-tahanan ISA ataupun undang-undang ISA tu, at least this is not the way to burden the nation and its people. Orang lain yang tak kena mengena seperti aku yang puluhan ribu yang lain, contohnya peniaga-peniaga pasar malam kg baru dan peniaga-peniaga yang lain tuh kena tanggung akibatnya. Siapa nak memperjuangkan kerugian mereka? Adakah GMI atau pun pro-ISA nak tanggung itu semua? Macam mana pulak dengan masa yang terbuang, duit minyak yang hangus dan jiwa yang tertekan di sebabkan tersepit dalam traffic jam dan bukan itu sahaja jiwa tertekan sebab kena marah dengan bini disebabkan lambat ambil bini dari tempat kerja semata-mata di sebabkan demonstrasi jalanan yang tak mendatangkan apa-apa faedah langsung kepada orang-orang seperti aku dan juga orang lain yang senasib dengan aku.

Lagi sekali, soalan aku pada yang terlibat tak kisahlah GMI atau proISA, politik BN atau PR, sila jawab! Siapa yang nak tanggung rugi di sebabkan demonstrasi politik jalanan semalam, rugi terhadap orang-orang seperti aku dan juga puluhan ribu yang lain khususnya peniaga-peniaga di kawasan-kawasan yang terlibat, pengguna-pengguna pengangkutan awam dan persendirian di jalan-jalan raya yang terlibat semalam, orang-orang awam yang tidak kena mengena di kawasan-kawasan yang terlibat semalam?

Aku boleh agak yang masing-masing akan menuding jari di antara satu sama lain. Sampai bila? Aku cuma mahu negara ini aman dan masing-masing boleh cari rezeki untuk anak bini dan keluarga. Thats all I ever wanted.

0 comments: