terima kasih Yasmin Ahmad

Aku baru habis menonton Majalah 3 : Tribute to Yasmin Ahmad. Sedih dan rasanya tak malu aku cakap yang air mata aku mengalir.

Tapi bukannya sedih kerana Yasmin yang hanya aku kenal melalui filem-filem dan iklan-iklannya sudah meninggalkan dunia yang sementara ini, tapi aku terasa sebab Yasmin memberikan aku motivasi baru. Motivasi untuk sentiasa bersikap gembira, sentiasa melalui hidup ini dengan perasaan positif, sentiasa senyum serta menyapa dengan semua orang dan yang paling penting sepanjang masa letakkan lah ayah dengan emak dalam hati.

Aku cepat-cepat letak azam dalam diri aku mulai hari ini:
1) sentiasa tidak putus asa, teruskan membina kerjaya sebagai pembikin filem
2) sentiasa bersikap positif, walaupun kadang-kadang susah terutamanya bila mana ada banyak rintangan bila orang tidak menghargai titik peluh karya aku untuk mereka
3) sentiasa senyum, walaupun kadang-kadang seseorang itu buat anda menyampah dan meluat
4) dan yang paling penting sentiasa telefon dan balik melawat emak dan ayah, sebab mereka lah orang no.1 menyokong apa yang aku buat selama ini.

terima kasih sekali lagi Yasmin Ahmad. Walaupun kau jauh di sana namun kau tetap memberikan sesuatu untuk aku.

0 comments: